Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan hadiri Majlis Sambutan Rasmi
29/04/2024

hm_290424.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghadiri Majlis Sambutan Rasmi sempena Keberangkatan Rasmi baginda ke Thailand yang berlangsung di Thai Koo Fah Building, Government House.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin.

Majlis dimulakan dengan kedua-dua pemimpin menaiki Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara. Ini diikuti dengan pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Royal Thai Armed Forces.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya disembahkenalkan kepada Pembesar-pembesar Thailand, diikuti dengan pengenalan ahli-ahli rombongan delegasi Negara Brunei Darussalam kepada Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand. Para Menteri Kabinet Kerajaan Thailand seterusnya menyembahkenalkan diri masing-masing ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​